Monday, January 19, 2009

Universiti Malaya milik Pro-Mahasiswa

20 Jan : Universiti Malaya menjadi milik Pro-Mahasiswa apabila majoriti keputusan undi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa berpihak kepada mereka ketika diumumkan pagi ini. Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.

Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.

Pro-Mahasiswa berjaya menguasai 8 kerusi umum daripada 9 kerusi yang dipertandingkan dan 13 kerusi fakulti daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.

Sumber: promahasiswaum.blogspot.com

STUDENT POWER!!!

No comments: