Wednesday, January 14, 2009

Mari mengundi

Hari ini berlangsungnya hari mengundi bagi Pilihanraya Kampus UKM 2009. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di kolej, tempat mengundi mereka adalah di Ibnu Sina. Manakala bagi pelajar-pelajar yang tinggal di Laman Midah, Cemara dan lain-lain, mereka boleh mengundi di Tingkat 2, Blok Pendidikan (hadapan Pejabat Akademik).


Sepanjang tempoh berkempen, pihak GM PPUKM mendapati bahawa sebenarnya pihak Aspirasi sangat paranoid. Mereka adalah 'Kiasu' dan 'Kiasi'. Takutkan kekalahan dan takutkan mati! Buktinya, mereka telah sekali lagi menggunakan pelajar-pelajar kejururawatan dengan memaksa mereka mengundi calon Aspirasi sahaja. Jika tidak, mereka akan dibuang kolej dan biasiswa mereka ditarik. Adilkah begini??? GM PPUKM sangat bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar kejururawatan kerana dipergunakan sedemikian rupa. Pilihanraya adalah medan mahasiswa bersuara, bukannya waktu mahasiswa ditarik hidungnya oleh pihak pentadbiran! Hasil tinjauan Unit Kempen GM PPUKM, rata-rata pelajar kejururawatan tidak setuju untuk mengundi Aspirasi. Malah, menurut mereka, lebih baik buat undi rosak, berbanding undi Aspirasi. Lihat!!! Sekarang ini, sesiapa pun sudah tidak mempercayai kredibiliti Aspirasi yang mengaku mereka adalah pihak kerajaan.


Harus diingat, pilihanraya adalah medan MAHASISWA bertanding secara adil dan bersih. GM PPUKM menekankan perkataan MAHASISWA kerana, apa yang terjadi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah satu pertembungan antara MAHASISWA dengan PENTADBIRAN. Buktinya, malam tadi, pihak fello telah meronda-ronda kawasan kolej dan mencabut flyers daripada GM PPUKM di pintu-pintu bilik penghuni kolej. Katanya mahu bertanding dengan adil, tetapi membuang segala flyers kempen GM PPUKM. Sudahlah begitu, fello a.k.a. PENTADBIRAN sendiri yang melakukannya, bukan pelajar yang sepatutnya bertanding. Agaknya, kalaulah fello pun boleh bertanding dalam pilihanraya kampus, sudah tentu mereka akan mencalonkan diri mereka sendiri, daripada menyuruh pelajar separuh rela masuk bertanding.


Selain itu, pihak Aspirasi juga tidak berani tampil ke depan untuk menyampaikan manifesto mereka. Padahal, Rapat Umum pada Selasa lepas yang dianjurkan oleh JAKSA dengan kebenaran Pengetua Kolej, adalah semata-mata untuk memberi peluang yang sama rata kepada kedua-dua belah pihak untuk menyuarakan janji-janji mereka. Malangnya, pihak Aspirasi telah menolak untuk menyertai rapat umum tersebut...


Sekarang, terbuktilah bahawa Aspirasi tidak lagi diterima dan tidak lagi gah di PPUKM ini. Mereka hanya bernyawa dengan adanya pihak Pentadbiran yang membekalkan ventilation support kepada mereka. Jika tiada pihak Pentadbiran, maka Aspirasi hanya akan tinggal nama...


Sudahkah anda mengundi???
Laksanakan tanggungjawab anda sekarang!
Undilah calon terbaik!

No comments: