Antara   arahan KPT dan strategi yang dirancang:  |        |   
|     Istilah Pilihan Raya Kampus (PRK)   ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  |        -Istilah PRK setanding   dengan Pilihan Raya Umum ( PRU) dan bakal membangkitkan kebangkitan   mahasiswa.  -Oleh itu kalimat ini wajar   dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya   di luar kampus.  -Katanya, cukuplah dengan   kalimat PEMILIHAN seperti memilih ketua kelas ketika di bangku sekolah   dan tadika sahaja (alahai…)  |   
|     Perkataan “MAHASISWA” ditukar kepada “PELAJAR”   sahaja.  |        -Istilah “MAHASISWA” boleh   membawa rasa “self esteem” yang tinggi di kalangan mahasiswa.  -Oleh itu KPT mengarahkan   semua universiti menggunakan nama ‘Majlis Perwakilan Pelajar’ bukan   lagi ‘Majlis Perwakilan Mahasiswa’.  -Mahasiswa dilarang   menunjukkan ‘taring’ sebaliknya kaki ampu, kaki bodek! Sedia   akur dan jangan bersikap kritikal dan berlawanan dengan pihak pentadbiran   universiti, apatah lagi kerajaan BN-UMNO.  |   
|     Poster-poster calon hanya dikeluarkan oleh HEP.   Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu   dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP bagai pak turut.  |        -Cuba kita tanya, adakah itu   cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, semua disuapkan, mahasiswa dilayan seperti ROBOT, seperti PATUNG layaknya!mahukah kita mempunyai seorang pemimpin mahasiswa seperti pak   pacak atau lembu dicucuk hidung? -harus diingat sahabat pemimpin mahasiswa bukan hanya berperanan sebagai jawatankuasa pelaksana aktiviti universiti, tetapi juga sebagai TERAS   PERUBAHAN masyarakat dengan nilai intelektual, keseimbangan emosi dan   iman.   |   
|     KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan   yang besar kepada HEP untuk menganjurkan kursus calon dan JENTERA   ASPIRASI-pro UMNO sebagai persiapan  |        -sebaliknya calon bukan dari   ASPIRASI-pro UMNO DIANAKTIRIKAN dan tiada bajet langsung untuk kursus calon, beli borang, siapkan banner dan sebagainya bagi persiapan calon..apatah lagi bajet untuk jentera bukan ASPIRASI jangan harap.  -jelas sekali mahasiswa   telah DIPERBODOHKAN!! Apakah permainan padang yang tidak   sama rata ini ADIL dan ‘GENTLEMAN’ ? -Sebenarnya sahabat, setiap   tahun bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP berjumlah ribuan   ringgit dalam bentuk wang tunai! Oleh itu, jangan hairan   kalau calon ASPIRASI menang mudah banyak kerusi kerana dibelakang   mereka adalah KPT, yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas dan   adil kendalikan PRK. -Seolah-olah bagaikan Yahudi   yang menaja calon-calon Amerika Syarikat. Siapakah yang dapat beri   jaminan wang tunai berjumlah ribuan ringgit ini, tidak disalahgunakan oleh   TTNC dan Dekan HEP? Kami cabar Cancelor dan Naib Cancelor menyiasat kenyataan ini!  |   
|     Calon bukan ASPIRASI-pro UMNO tidak dibenarkan   bertanding secara berkumpulan   |        -kerana mereka takut ini   akan membentuk kekuatan kepada mereka.  -calon bukan ASPIRASI hanya   dibenarkan bartanding atas kapasiti individu. Begitulah “double   standard” HEP kepada mahasiswa/calon bukan ASPIRASI-pro UMNO. -tetapi dalam masa yang sama HEP secara terbuka muka tak tahu malu, membentuk dan menaja calon-calon ASPIRASI secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera, juga membuat pengumuman dengan memberi arahan, mengugut mahasiswa mengundi calon mereka.memang muka tak tahu malu.. -sahabat sedia maklum, HEP adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kampus. Bayangkan sahabat, HEP yang membuat peraturan pilihan raya tetapi mereka jugalah yang MENODAI dan MENCABULI peraturan   tersebut!!  |   
|     Proses   penggundian secara e-voting kononnya lebih telus, mesra pengguna dan   berintegriti, selain menjamin keputusan pemilihan lebih cepat dan tepat.  |        -pertama, bolehkah pihak KPT memberi jaminan   dengan kenyataan tersebut, sila buktikan. -kedua, sejauh mana ketelusan e-voting? Dimanakah letaknya laungan demokrasi yang mahasiswa perjuangkan? Semua orang tahu melalui e-voting kita dapat tahu siapa yang mengundi dan siapa yang diundinya.  | 
Wednesday, December 17, 2008
Taktik kotor Kementerian Pengajian Tinggi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment